
Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan diantara bangunan lama yang terdapat di bandaraya Kuala Lumpur yang merupakan bangunan warisan dan masih dilindungi keaslian rekabentuknya. Bangunan Sultan Abdul Samad ini dibina pada tahun 1893. Walau bagaimana pun perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu. Bangunan ini siap sepenuhnya untuk digunakan pada tahun 1897. Bangunan Sultan Abdul Samad ini mengambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah pada ketika itu, iaitu dalam tahun 1896. Bangunan ini merupakan suatu mercu tanda di Kuala Lumpur yang gah pada ketika itu.
Kedudukan lokasinya yang terletak pada satu tapak diantara pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak begitu terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategic, iaitu ditengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Kawasan tersebut meliputi keluasan 10,200 meter persegi dan dibahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga dikatakan strategik kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak. Sebelum merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen- General dan Pejabat Besar Pos. Selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978.
No comments:
Post a Comment