
Wednesday, February 20, 2008
Wednesday, February 13, 2008
KELLIE'S CASTLE


Kellie’s Castle is located near Batu Gajah. Do you know about Taj Mahal in Agra, India. Kellie’s Castle not as famous as Taj Mahal but there are some similarities, both in architecture as in the story of its building. It is about 20 minutes drive from Ipoh, Perak (Malaysia). The unfinished, ruined mansion, was built by William Kellie Smith, during the late 19th century. This building was built as love gift for his wife, Agnes. For many years, Kellie’s Castle has been shrouded in mystery. Besides being haunted, it is believed to have secret rooms and underground tunnels. Now these lingering rumours enhances the legend of the unfulfilled dream of William Kellie Smith. Today it’s nicely restored and easy to reach from Ipoh.
UJIAN PEMENDAPAN (SLUMP TEST)

i) Tujuan
Tujuan utama ujian ini ialah untuk menentukan kemudahan kerja (degree of workability) bagi sesuatu campuran konkrit. Nisbah bahan-bahan konkrit sudah ditentukan seperti yang dikehendaki. Kekuatannya bergantung kepada cara konkrit itu dituangkan. Oleh itu, konkrit yang hendak digunakan mestilah mudah dituang dan berkeadaan padat.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kemudahan kerja adalah seperti berikut:
i. Kandungan air
ii. Sifat batu baur - saiz, kekerasan, bentuk dan corak permukaan
iii. Nisbah air/simen
ii) Cara membuat Ujian
Acuan digunakan ialah berbentuk kun di mana tingginya ialah 305mm.
a. Ambil contoh konkrit dan penuhkan acuan dalam masa 2 minit dalam 4 lapisan yang sama.
b. Padatkan tiap-tiap lapisan 25 kali menggunakan rod keluli.
c. Permukaan di atas diparaskan dan segala kebocoran di tapak acuan dibersihkan.
d. Dengan tidak membuang masa, acuan diangkat dengan perlahan-lahan dalam keadaan tegak.
e. Ukurlah pemendapan 6 mm yang terdekat. Jika pemendapan riceh atau roboh berlaku, ujian hendaklah diulangi menggunakan contoh yang lain.
f. Catatkan segala keputusan
g. Bersih acuan dan biarkan kering. Jangan sekali-kali acuan itu disapu minyak.
iii. Jenis Pemendapan.
· Pemendapan Sebenar - telah mencapai kemudahan kerja (degree of workability) sesuatu campuran konkrit.
· Pemendapan Riceh (Shear Slump) - jika ini terjadi, ujian hendaklah diulangi. Sekiranya pemendapan riceh berlaku pada tiap-tiap kali ujian ini berlaku bila campuran-campuran itu kekurangan air, ini menunjukkan bahawa campuran itu mempunyai kurang lekatan.
· Pemendapan Roboh (Collapse Slump) - campuran-campuran yang tegar pada keseluruhannya akan mendapat pemendapan kosong. Sebaliknya, jika sesuatu campuran itu basah (terlalu banyak kandungan air) pemendapan roboh akan terjadi. Langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan kandungan air dalam campuran itu perlulah diambil.
TEROWONG SMART

Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir atau di dalam bahasa Inggerisnya: "Stormwater Management and Road Tunnel" (SMART) dengan kod E 38 adalah suatu struktur jalan dan perparitan sedang dalam pembinaan di Kuala Lumpur, Malaysia, dan merupakan satu projek kebangsaan di negara tersebut. Apabila siap nanti, ia merupakan terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia. Panjang terowong tersebut sepanjang 9.7 kilometer tetapi laluan untuk kenderaan hanyalah 3.3 kilometer.
Objektif utama terowong ini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur dan juga untuk mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu sesak. Terdapat dua komponen bagi terowong ini iaitu terowong air dan terowong jalan.
Terowong ini bermula di tasik Kampung Berembang berdekatan dengan Sungai Klang di Ampang dan berakhir di tasik Taman Desa berdekatan Sungai Kerayong di Salak Selatan. Projek ini diketuai oleh kerajaan, termasuklah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan juga satu syarikat pakatan kerjasama di antara Gamuda Berhad dan Malaysian Mining Corporation Berhad (MMC).Terowong SMART direkabentuk bagi kegunaan kenderaan ringan dengan ketinggian maksimum 2 meter serta had laju yang ditetapkan adalah 60 km/j. Motosikal serta kenderaan berat seperti lori dan bas tidak dibenarkan melalui terowong tersebut. Terowong ini telah dibuka kepada lalu lintas pada 7 April 2007[1] dan kadar tol sebanyak RM2.00 dikenakan mulai 14 Jun 2007
BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan diantara bangunan lama yang terdapat di bandaraya Kuala Lumpur yang merupakan bangunan warisan dan masih dilindungi keaslian rekabentuknya. Bangunan Sultan Abdul Samad ini dibina pada tahun 1893. Walau bagaimana pun perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu. Bangunan ini siap sepenuhnya untuk digunakan pada tahun 1897. Bangunan Sultan Abdul Samad ini mengambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah pada ketika itu, iaitu dalam tahun 1896. Bangunan ini merupakan suatu mercu tanda di Kuala Lumpur yang gah pada ketika itu.
Kedudukan lokasinya yang terletak pada satu tapak diantara pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak begitu terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategic, iaitu ditengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Kawasan tersebut meliputi keluasan 10,200 meter persegi dan dibahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga dikatakan strategik kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak. Sebelum merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen- General dan Pejabat Besar Pos. Selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978.
Subscribe to:
Posts (Atom)